assalamualaikum.
wah, bersawang habis. hahaha (fuhhh fuhhh)
harini nak kongsi tip pemakanan pelumba basikal
- elakkan daripada mengambil karbohidrat yang dibuat dari gula ringkas dan tepung halus kerana ia akan menjana kesan salah untuk badan anda. sebaliknya, isi pelan pemakanan anda dengan sayur-sayuran , buah-buahan , kacang, roti pasta, gandum, beras dan pasta.
- lengkapkan diet anda dengan protein tanpa lemak dan sejumlah kecil lemak. Sumber yang baik untuk protein dan asid lemak Omega 3 adalah udang, salmon dan tuna.
- salah satu makanan terpenting ialah susu, ia sumber terbaik untuk protein, karbohidrat yang baik dan pelbagai vitamin dan mineral.
- teh tanpa kafein seperti teh hitam atau hijau dapat mengurangkan tekanan oksidatif senaman dan mempercepatkan pemulihan di dalam tempoh rehat antara sesi latihan
- untuk mengelakkan penurunan kandungan gula dalam darah, makan setiap 3 jam dan sekali lagi dalam tempoh 20 minit senaman. garis panduan ini adalah penting terutamanya dalam tempoh tujuh hari sebelum acara berbasikal.
sumber:BH
No comments:
Post a Comment