hilang ?

assalamualaikum.
dah lama rasa nya tak post kat blog ni kan. 
dah nak dekat lapan bulan rasanya. lama woooo

hilang? siapa yang hilang?
ety hilang?
ety tak hilang pun lah. sebenarnya ety sibuk dengan STPM .

banyak kerja kursus yang nak dibuat.
so tak sempat nak post apa-apa kat blog ni.
tapi rasa nya lepas habis STPM mungkin ety aktif balik. 
MUNGKIN lahh.
hahahahaha
tetap tersenyum walaupun banyak kerja


banyak benda yang dah lupa kat blog ni.
cara nak edit blog pun dah lupa sebenarnya hahahhaha
biasa lah ety ni banyak makan semut. senang lupa.
hehehehehe

okey ini saja untuk bulan 8 tahun 2014.
tahun depan kita berjumpa lagi.
mungkin lah hehehehe


bye :) SYS

CEMBURU?


cemburu ialah berkaitan dengan soal emosi. 
korang semua mesti ada rasa cemburu kan. 
definisi cemburu menurut kamus ialah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain
atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai seperti suami,
kekasih atau isteri. 
kecemburuan juga boleh wujud di dalan adik beradik atau persahabatan

JENIS-JENIS CEMBURU:
  • CEMBURU CINTA : Perasaan cemburu ini timbul kerana orang yang kita cintai telah membahagi cintanya.
  • CEMBURU SOSIAL : Perasaan cemburu timbul terhadap orang yang status sosialnya berbeza dengan kita.
  • CEMBURU STATUS : Perasaan cemburu timbul terhadap seseorang kerana perasaan iri hati.
CIRI-CIRI ORANG YANG CEMBURU:
  • Tiba-tiba marah tanpa alasan. biasanya aku macam ni lah hahaha
  • cenderung menyerang
  • selalu berbicara dari sudut negatif
  • cenderung memerhati secara berlebihan
  • cenderung emosinya membuak-buak
BAHAYA CEMBURU :
  • cinta menjadi tawar
  • merasakan diri yang paling betul
  • cenderung untuk membalas dan menjatuhkan seseorang
CARA MENGHADAPI ORANG YANG TENGAH CEMBURU
  • dengar apa yang dia kata
  • terima dahulu pandangannya
  • tenangkan
  • berikan penjelasan tanpa menyerang
  • ajak berfikir secara lojik
dan ety rasa yang paling penting kita perlu bersabar dan jangan bertindak membabi buta
ini saja untuk post kali ni
SYS :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK ETY IZZATY