10 CARA PUJUK PASANGAN YANG KUAT MERAJUK



kalau si gadis  merajuk , lagaknya memang comel tapi ramai juga lelaki yang sensitif mudah merajuk.
pening juga kekasih mencari jalan untuk memujuk sebab ikut kata, lelaki lebih susah untuk dipujuk.
so dibawah ini adalah senarai untuk memujuk pasangan yang kuat merajuk macam saya
hehehehe


BINCANG - cuba ambil tahu masalah dan menyakitkan hati si dia hingga merajuk hati. Biasanya pasangan tidak merajuk kalau tidak disakiti.

TEMPOH BERTENANG - berilah dia dan kamu tempoh bertenang. Bila kedua- duanya sudah kembali normal, bincang dengan baik.

ADIL - bila kekasih merajuk pasti hatinya tercalar. Berlaku adil padanya dengan memberi dia peluang meluahkan apa yang terpendam di dada agar hubungan kembali pulih.

HADIAH - walaupun hanya bunga atau coklat untuk memujuk, tak salah memberi tanda kita mengaku bersalah dan tanda berusaha memujuk.

MENGALAH - kadang-kala bila bertengkar si diamerajuk. tak salah kita mengalah mengaku kesilapan yang kita salah walaupun jauh dalam hati kita merasa dia yang bersalah.

TELEFON - bila pasangan merajuk, telefon dan hubungilah dia agar dia tahu dirinya dihargai. Ramai terutamanya lelaki bila pasangan merajuk mereka berdiam diri. kononnya mahu si dia bertenang.


AJAK MAKAN - kadang-kadang orang lapar ini mudah naik angin. apa kata anda ajak dia makan dulu. Mungkin lepas makan mereka akan mudah dipujuk.

PELUK ERAT - bila suami atau isteri merajuk, peluk mereka erat-erat. Cara ini dapat menyakinkan bahawa dialah satunya insan kesayangan hati, tiada yang lain. tapi yang tak nikah lagi, jangan peluk-peluk.

YAKINKAN - perlakuan dan tindakan yang tidak menyakinkan kadang-kala membuatkan si dia merajuk hati.  dalam setiap tindakan , lakukan dengan yakin dan barulah dia pun yakin dirnya disayangi.

 TULIS SURAT -  usahakan menulis surat , mesej atau menghantar email kepadanya memujuk dan meminta maaf jika bersalah. mungkin dia tidak mahu bertemu atau berkomunikasi dengan telefon,  jadinya cara ini adalah terbaik bagi meleraikan kekusutan yang terjadi.



sumber: BH ( mza)

10 comments:

Anonymous said...

Mcm mane klu da pjuk mcm2 care da sume taktik yg saudari da bg..tpi x jln jgak..ape yg perlu dlakukan..

Unknown said...

dia minta penampar tu haha

Anonymous said...

Guna tips pertama. G mamposss

Unknown said...

Sye pun jns x tau nak pujok owg yg merajuk ni..tp klu wat partner merajuk mmg teror..slalu sye biar je die cool then try msg die n call die ble die dah cool..tp skrg die marahkan sye plak sbb x nak pujok die..camne sye nak wat die x merajuk n marahkan sye g???

Anonymous said...

kalau degil jugk stil nak mrjuk , cmne pulk ?

Unknown said...

Sweat la etyizzaty ni.;-)

Anonymous said...

Nak pujuk pakwe yg merajuk sebab terlepas cakap .. Haaaaaa, macam mane nak pujuk ntah, dy buat do no je..

Unknown said...

aisshhh..baru lepas gaduh ni..merajuk plk die..bile aku merajuk xreti plk die nk pujuk.

Anonymous said...

Lelaki slalunye mrajuk kte kne usaha pjuk dye , klau tak kte x syg . Tp bla kte mrajuk , dye buat derk aje .Aci ke tu?

Anonymous said...

camner lak klau nk pujuk popuan yg ego? da pjuk mcm2 dia kata xckup xikhlas smua? laki.ni pun ada maruah jugak xkn smpai nk merayu rayu, benda kecik merajuk mcm hal bsar itu mengada nama dia, gurau skit da merajuk mcm mana tu? bleh org popuan terangkan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK ETY IZZATY