PLKN ??

assalamualaikum

harini cik be-rush baru nak cerita pasal PLKN, ye larh kan SPM dah habis baru terpikir pasal PLKN.
(sebenarnya dah lama fikir)

oh, ye cik be-rush terpilih dalam latihan ni tau.
mula-mula dapat tau bila kawan suruh semak nama,
menggigil tangan nak taip no.ic.
takut terpilih tapi bila dah tekan enter , 
terus terpampang nama cik be-rush

(rasa nak menjerit  pon ada)
tangan terus rasa sejuk sebab takut  hahaha
rasa nak demam pon ada
bila difikirkan balik macam mana lah cik be-rush yang muka skema ni boleh terpilih

tapi apa kan daya cik be-rush kena pergi jugak kan
sekarang ni tengah tunggu penempatan cik be-rush
harap-harap tak jauh sangat
cik berush dapat tahu penempatan cik be-rush dalam kumpulan 2 atau 3
kalau korang nak tahu penempatan dalam kumpulan apa boleh pergi ke PENEMPATAN PLKN
apa-apa pun kita tunggu je lah okey.
ini saja untuk hari ini ,
kalau ada sesiapa yang ada pengalaman pergi PLKN ,
sila kongsi  jangan malu-malu :)

8 comments:

Mazniza Hazwani said...

tahniah... akak dah pg dah.. seronok sgt... tak rugi tau.. best sgt. walaupun pg dan balik perangai tetap sama. hahaha

sya said...

Assalamualaikum ,hahha PLKN hope ta dapat piyy :)gayat semua ada .Btw tag anda ,http://littlemisspink-syazwani.blogspot.com/2012/12/first-giveaway-who-is-my-bestfriend-by.html

Unknown said...

waalaikumsalam , untung larh syasya :)

Unknown said...

wah, yekew? buat ape je kat sana? sory tanya soalan sengal :D

Nurina Izzati said...

selamat maju jaya di sana :D

Unknown said...

okey, terima kasih :)

Unknown said...

Hope kita ditempatkan tempat yg sama . haha saya pun maybe kump2 or 3 . huhu

Unknown said...

@aireyn ashra saya dapat kumpulan 3 sebab dak check nama kat kumpulan 2 takde huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK ETY IZZATY