SHOWDOWN KEMBALI



assalamualaikum,
anda mempunyai bakat menari?
apa kata anda memasuki audition showdown 2013.
pada tahun ini showdown kembali dengan format baru, kategori baru dan hadiah wang yang lebih banyak.

kategori audition yang terbaru ialah:
JUNIOR AUDITION *untuk 18 tahun kebawah
OPEN AUDITION *tiada had umur 
ALL STARS *melalui jemputan sahaja

tarikh: 11 MAY 2013
tempat : HALL A, MENARA MATRADE, JALAN KHIDMAT USAHA,OFF JALAN DUTA
masa: 9:00 pagi hingga 3:00 petang

sila bawa:
  • gambar individu atau kumpulan  bersaiz 4R
  • salinan i/c
  • untuk peserta 18 tahun kebawah, sila bawa sijil kelahiran & salinan i/c ibubapa atau penjaga
  • dua lagu di edit menjadi sekurang-kurangnya  1 minit 30 saat(maksimum) di pendrive atau cd
  • setiap pasukan dikehendaki menyediakan dua choreographies untuk audition dan suku akhir
hadiah-hadiah :
JUNIOR
1st prize: RM 10 000 cash
2nd prize: RM 5 000 cash

OPEN
1st prize:RM 50 000 cash plus regional competition package worth RM 50 000
2nd prize: RM 20 000 cash

ALL STARS
1st prize: RM 75 000 cash plus international competition package worth RM 125 000
2nd prize: RM 30 000 cash




untuk maklumat lanjut sila tekan DISINI

Gwiyomi Gi Ngoji by Mr Bie ft. Adik C

jom layan lagu gwiyomi 'Gi Ngoji'
ada maksud disebalik video ni  :)
layannnn 



EKONOMI ATAU BAHASA MELAYU?

assalamualaikum

ety dapat tawaran ke tingkatan 6 dan masalah ety sekarang adalah mahu memilih subjek  ekonomi atau bahasa melayu?
serius buntu memikirkan benda ni. 
sebelum tawaran dapat pon ety dah pikir pasal benda ini.


rasa macam nak pilih subjek ekonomi tapi subjek tu ety tak pernah belajar lagi.
lagipon ramai yang kata subjek ekonomi tu susah .
budak yang pandai pun tak boleh nak buat.


kalau pilih bahasa melayu pulak ety ni kurang sikit bab - bab pemahaman .
daripada sekolah rendah memang kureng sikit bab-bab tu, kalau nak suruh buat karangan okey je :)
dan ramai yang menyarankan ety untuk ambil subjek bahasa melayu.

serius kepala memang buntu, kadang-kadang malas nak pikir benda ni. 
tapi bila orang da tanya pasal ni ety memang tak boleh nak berhenti berfikir.

kalau korang ada pengalaman dengan subjek2 ni sila lah share dengan ety okey.
nampaknya sampai disini saja , kepala sudah pening 
*hantuk kepala di dinding



Hanim Birthday Giveaway

assalamualaikum :)



ety tag : farahinizzati

Segmen : Hey ! blogger asal mana?

assalamualaikum
hari ni nak join segmen untuk kali ke 2 hehehehe
segmen ini untuk mengetahui blogger asal dari mana.
selain itu ia juga dapat mengeratkan hubungan antara blogger2
untuk join sila klik gambar


saya blogger dari batu pahat, johor :)
segmen tamat pada 30 april 2013

segmen : ayuinsyirah mencari rakan blogger



jom join segmen ini.
syarat-syaratnya mudah sekali :)
klik DISINI untuk join


http://www.ayuinsyirah.my/

10 CARA PUJUK PASANGAN YANG KUAT MERAJUK



kalau si gadis  merajuk , lagaknya memang comel tapi ramai juga lelaki yang sensitif mudah merajuk.
pening juga kekasih mencari jalan untuk memujuk sebab ikut kata, lelaki lebih susah untuk dipujuk.
so dibawah ini adalah senarai untuk memujuk pasangan yang kuat merajuk macam saya
hehehehe


BINCANG - cuba ambil tahu masalah dan menyakitkan hati si dia hingga merajuk hati. Biasanya pasangan tidak merajuk kalau tidak disakiti.

TEMPOH BERTENANG - berilah dia dan kamu tempoh bertenang. Bila kedua- duanya sudah kembali normal, bincang dengan baik.

ADIL - bila kekasih merajuk pasti hatinya tercalar. Berlaku adil padanya dengan memberi dia peluang meluahkan apa yang terpendam di dada agar hubungan kembali pulih.

HADIAH - walaupun hanya bunga atau coklat untuk memujuk, tak salah memberi tanda kita mengaku bersalah dan tanda berusaha memujuk.

MENGALAH - kadang-kala bila bertengkar si diamerajuk. tak salah kita mengalah mengaku kesilapan yang kita salah walaupun jauh dalam hati kita merasa dia yang bersalah.

TELEFON - bila pasangan merajuk, telefon dan hubungilah dia agar dia tahu dirinya dihargai. Ramai terutamanya lelaki bila pasangan merajuk mereka berdiam diri. kononnya mahu si dia bertenang.


AJAK MAKAN - kadang-kadang orang lapar ini mudah naik angin. apa kata anda ajak dia makan dulu. Mungkin lepas makan mereka akan mudah dipujuk.

PELUK ERAT - bila suami atau isteri merajuk, peluk mereka erat-erat. Cara ini dapat menyakinkan bahawa dialah satunya insan kesayangan hati, tiada yang lain. tapi yang tak nikah lagi, jangan peluk-peluk.

YAKINKAN - perlakuan dan tindakan yang tidak menyakinkan kadang-kala membuatkan si dia merajuk hati.  dalam setiap tindakan , lakukan dengan yakin dan barulah dia pun yakin dirnya disayangi.

 TULIS SURAT -  usahakan menulis surat , mesej atau menghantar email kepadanya memujuk dan meminta maaf jika bersalah. mungkin dia tidak mahu bertemu atau berkomunikasi dengan telefon,  jadinya cara ini adalah terbaik bagi meleraikan kekusutan yang terjadi.



sumber: BH ( mza)

PEMBULI SMK TUN HUSSIEN ONN

assalamualaikum. 
pagi ni ety digemparkan dengan sekumpulan pelajar yang membuli ketua kelas diorang
tak tahu pulak bila kejadian tu berlaku. tapi ety baru tahu pagi ni.


alahai dik, kecik2 dah nak jadi gangster. ntah sunat tu dah baik ker belum.
yang agak bengapnya ni salah salah satu daripada diorang upload video yang diorang belasah kat laman sosial.
macam cari publisiti je.




kepada sesiapa ingin berkenalan dengan mereka atau ingin mengetahui lebih lanjut. anda boleh melayari PEMBULI SMKTHO
semua maklumat ada disana, twitter, BB pin , Facebook , instagram.
cuma wechat je tak de, mungkin tak sempat nak buat kot.
hahaha


okey, harap perkara ni dapat dijadikan pengajaran kepada anda semua . berfikir sebelum melakukan sesuatu benda. berkemungkin benda yang anda lakukan akan musnah kan kehidupan anda.





TIP PEMAKANAN UNTUK PELUMBA BASIKAL

assalamualaikum.
wah, bersawang habis. hahaha (fuhhh fuhhh)
harini nak kongsi tip pemakanan pelumba basikal


  • elakkan daripada mengambil karbohidrat yang dibuat dari gula ringkas dan tepung halus kerana ia akan menjana kesan salah untuk badan anda. sebaliknya, isi pelan pemakanan anda dengan sayur-sayuran , buah-buahan , kacang, roti pasta, gandum, beras dan pasta.
  • lengkapkan diet anda dengan protein tanpa lemak dan sejumlah kecil lemak. Sumber yang baik untuk protein dan asid lemak Omega 3 adalah udang, salmon dan tuna. 
  • salah satu makanan terpenting ialah susu, ia sumber terbaik untuk protein, karbohidrat yang baik dan pelbagai vitamin dan mineral.
  • teh tanpa kafein seperti teh hitam atau hijau dapat mengurangkan tekanan oksidatif senaman dan mempercepatkan pemulihan di dalam tempoh rehat antara sesi latihan
  • untuk mengelakkan penurunan kandungan gula dalam darah, makan setiap 3 jam dan sekali lagi dalam tempoh 20 minit senaman. garis panduan ini adalah penting terutamanya dalam tempoh tujuh hari sebelum acara berbasikal.

sumber:BH


CITA - CITA ?

assalamualaikum, haluuuuuu
cita - cita?
semua orang ada cita- cita kan.
ada yang nak jadi polis, cikgu, doktor, jururawat, dan macam-macam lagi lah.
jenuh nak taip semua,

tapi masalah sekarang ni, ety tak tahu apa cita-cita ety.
macam pelik kan. 
tapi tu lah kenyataannya.


dulu-dulu masa sekolah tadika ety nak jadi cikgu,

masa sekolah rendah pulak cita- cita ety nak jadi cikgu atau babysitter(betul ke tak aku mengeja ni)


time sekolah menengah ety cita-cita nak jadi akauntan, tapi last-last ety rasa macam susah je akaun ni
walaupun akaun ety dapat cemerlang. hehehe


lepas tu dok pikir nak jadi nurse tapi ety ni garang dan ganas ,
kang takut pulak pesakit-pesakit kat wad tu hahahaha


sekarang umur ety dah nak masuk 18 tahun tapi ety still tak tahu ape cita-cita ety.
adakah korang macam tu jugak?






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HAK MILIK ETY IZZATY